Amerika Syarikat (AS) kini menghadapi masalah kekurangan bekalan vaksin cacar monyet di sebalik peningkatan kes sehingga 9,493 pada Selasa.<br /><br />Menurut data terkini Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), peningkatan tiga kali ganda itu berlaku dalam tempoh 15 hari sekali gus menjadi angka tertinggi sejak kes pertama dilaporkan pada Mei.